My Blog List

Monday, July 20, 2015

Cerpen : mr.ceo vs mr.ustaz



Bila rindu..
terkenang mu sayang terasa sayu..
syahdu nya jiwa ku
bila malam..makin kelam..
lalalalalala...

berdebuk!! aku menghentikan menyanyi ku bila tiba-tiba aku terdengar bunyi yang lebih merdu dari suara ku..bunyi apa ek?..macam bunyi benda jatuh je, yang pasti benda yang jatuh itu besar..macam biji nangka jatuh pun ada bunyi nya...   Aku berpaling, aku melihat ada makhluk yang meniarap dalam longkang... aku tergamam..aku nak tergelak sebenarnya tapi aku cuba menahan tawa ku ..'rilek,rilek jangan ketawa' gumam ku.. tapi malang mulutku tak bertindak mengikut kehendak hati ku.. aku ketawa terbahak bahak.. yelah bukan macam biji nangka lagi tp macam gajah jatuh menimpa bumi pun ada aku tengok..
Aku tak mampu menahan kegelian hati ku.. aku berpaling ke arahnya, dia melihat aku dengan mata yang tajam. Pergh tajam giler!! Dub dap dup dap.. hati ku berdebar debar.. jantung ku mengepam laju.. ibarat piston kereta yang di pam laju , macam dalam iklan shell helix tu la.. sepantas kilat aku mengangkat kaki..berlari!! Sesampai di kereta, aku memecut ke arah jalan raya yang sepi dengan kereta.. Aku bawak kereta cam cerita fast and furious tu..

~~~~~

Hari ini aku mulakan dengan pagi ku dengan ceria. Mana tak ceria nya pergi kerja penuh dengan semangat sebab tak sabar nak menatap wajah ceo kesayangan ku. Aku 'punch card' seawal jam 7.50 pagi. Kebiasaan nya kak rita selaku setiausaha mr.ceo, tengku arfan akan datang awal. Yelah dia jadi contoh kat semua pekerja.
"Assalamualaikum kak rita,awal kak hari ni." Kataku. "Kak rita ke awak yang awal sekarang ni?kak rita tengok kan sejak encik arfan masuk kerja kat sini kan, ariana selalu datang kerja awal, ceria selalu. Kalau dulu kan awak yang paling tak bersemangat datang kerja nih .hah.. mesti ada apa-apa ni kan...."
"Ehh..mana akak tau..memang ada apa-apa ..lau kak nak tau, ariana syok giler kat mr.ceo kita tu." Kata ku jujur.Aku memang rapat dengan kak rita..kalau aku ada masalah , pasti kak rita tempat ku mengadu.Kak rita seorang yang amat memahami aku. Walaupun kadang-kadang dia menyakitkan hati. "Kak....akak tolong kenal kan saya kat dia bleh?akak kan P.A dia merangkap kakak ipar nya..boleh la kak...." "eh budak bertuah ni..pergi la try tanya dia sendiri..haha..apela awak ni. Awak memang teringin nak jadi adik ipar akak ye..kesian pulak akak dengan awak ni..hahaha" kata kak rita.
" ehh kenapa akak ketawa?" " sebab awak ni cliche cam dalam drama, pekerja gilakan ceo hensem.. tambah pulak awak ni minah despatch.."
'Eleh nak kata aku tak sesuai la tu dengan dia.yelah aku ni kan minah despatch tak layak tuk dia pujaan ku..ahh..bia la..ketentuan jodoh kita tak tau kan...' kata ku dalam hati. "Alah kak apa salah nya kan.. walaupun saya ni minah despatch tapi hati saya tetap perempuan yang lembut dan ayu. Saya ni ariana yang brutal lagi comel la kak.. huhuhu.." kak rita diam. Tidak mahu memberi komen   lagi. Dia hanya menganggukkan kepala dan senyum kepada ku.
 "Okey la kak..saya nak makan bekal nasi lemak ni jap.. ni ada karipap lebih , akak nak sikit tak?" " takpe la..terima kasih ye adik" jawab kak rita. Aku pun blah pergi melantak. Wah kalau mak aku tau ni konfem kena bebel. Kata nya perempuan kena ayu dan sopan. Takpe la mak, ari berubah ye nanti bila jumpa my mr.someone..

-------

"Alhamdulillah..kerja dah pun selesai.hurm..nak minum air la..hah..ade pun 7eleven ni.." pintu kedai tersebut dengan tergesa-gesa di buka...pap.."aduh" aku terdengar suara orang yang kesakitan.. Aku menoleh ke arah nya. Eh..macam pernah tengok je.. emm...tapi kat mana ek? "Awak lagi!" Kata nya. "Em..awak kenal saya ?"jawab ku.
"Awak tak ingat saya? Sabtu lepas awak yang ketawa kan saya masa jatuh dalam longkang .maaf la saya amat cam orang yang ketawakan saya....." Tajam pandangan nya.aku menelan air liur. Belum sempat dia menghabiskan kata-kata nya , Dengan perlahan- lahan aku mengundur kan kaki ku dari situ. Aku mencari peluang untuk melarikan .. Kebetulan ada seorang wanita di belakangku meminta laluan kepada nya. Aku cepat bagi laluan kat wanita tersebut.. dengan langkah seribu ke arah motosikal ex5 milik syarikat ku. Aku berpaling ke arah nya lalu melambai tangan ke arah nya.. dia tercengang melihat tindakan cepat ku itu.. Sepantas kilat aku melarikan diri dari nya. Aku lantas naik ke atas motor ku dan memecut laju. Takut dia mengekori ku. Sesampainya di pejabat, aku terus menuju ke arah suraya rakan sekerja ku ,juga rakan serumah ku. "Su kau nak balik rumah pukul berapa hari ni?" "Em..kul 5 la..apasal?"
"Em..takde la..kita konvoi balik sama neh.. nak tak?" Soal ariana. "Aku okey je.tapi aku pelik sikit sebab biasa nya kau balik dulu. Nak merempit la konon bia cepat sampai. Kenapa? Ada yang kacau kau ke?" Risau suraya kalau-kalau ariana dalam bahaya. Almaklum lah ariana tu kawan baik dan teman serumah nya. Sudah menjadi tanggungjawab nya menjaga ariana. Sebab dia kenal sangat ariana yang suka ambil mudah. "Eh takde lah. Merepek aje kau ni. Apa-apa pun doa kan aku sentiasa selamat ek.." jawab aku. "Baiklah kawan. InsyaAllah aku doakan kau. Tapi ingat! kau jangan ambil mudah tau kalau kau rasa ada tak sedap hati ke apa ke. Hati- hati selalu tau..kau tau kan aku sayang kau. " " ai.ai kapten" bicara ku sambil mengangkat tabik kepada nya.

~~~~~

Setibanya di pejabat keesokan hari nya, suraya datang ke arah ku sambil berkata
"Ari, mr.ceo kau nak jumpa." Ayat dia macam sinis je sebab dia memang tau kegilaan aku kat mr.ceo tu.
" hah!!kenapa lak nak jumpa aku?"
"Mana la aku tau. Cuba kau ingat balik kau ada buat salah tak. Eh , kau tak pelik ke kenapa aku pulak yang sampai kan berita ni kat kau?"
"Em..pelik jugak sebenar nya tapi rasa terkejut dengan berita tu buat aku lupa nak tanya kau. Em..kenapa kau?"
"Kak rita tak masuk kerja hari ni. Anak dia sakit katanya. Demam panas."
" oh yeke.lau gitu aku masuk bilik inche bos dulu la ye. Nanti dia ternanti aku pulak".

~~~~~~

Tuk.tuk. pintu bilik nya ku ketuk. "Assalamualaikum bos."
"Waalaikumsalam. Duduk la. Saya ada perkara nak bincang dengan awak."
Wah..mr.ceo ku nak cakap ngan aku? Hensem giler mamat ni. Haaa... cair hati aku.
"Hello mrs ariana, are you there?" Tangan nya melambai aku. Lansung aku tersedar dari lamunan.
"Ya. Encik. Apa yang encik nak bincangkan?" "Begini, dalam dua tiga hari ni , awak akan gantikan tempat kak rita sementara dia sedang bercuti emergency. Boleh?eh.lupa saya nak bagi tau. Kak rita yang cadang kan awak ganti kan tempat nya sementara waktu." Terang mr.ceo panjang lebar.
"Baiklah encik. Saya setuju saja. Apa yang perlu saya buat sekarang encik.?" Dalam hati aku bersorak keriangan..yelah bukan senang nak rapat ngan orang kaya plus hensem and meletop ni..Hahaha..terima kasih kak rita sebab sudi bagi aku peluang keemasan ini. Aku akan cuba pikat hati dia.. chaiyok ari!! You can do it! Yeahhh..
"By the way ariana, can i call you just ari? Coz ariana is too long and hard to say. Are you okay with it?"
'Ehem.ehem..wah.... so sweet my mr.ceo.. em..lau dah jatuh hati biasa la.. kentut busuk pun di kata wangi. Padahal mr.ceo tu setakat nak panggil aku nama ari je kot.' Suara hati ku berkata..
"Ari!ari!ari!"
"Ehhh..ehh.. kenapa bos??" Pelik dan terkejut bila dia menyebut nama ku berulang kali.
"Awak ni kuat betul berangan ye. Hurm.. awak jangan kuat berangan bila bekerja sudah lah. Saya nak pekerja saya seorang berkarisma dan ringan tulang. Faham?"
"Ya bos. Saya faham. Em.. pasal soalan bos tadi, saya tak kisah bos nak panggil saya apa pun asal jangan panggil saya makcik, nenek sudah ye.. sebab saya ni muda lagi bos, baru umur 24 tahun bos..."
'Em..banyak cakap la pulak si Ari ni' bisik hati arfan .
"Yelah. Before i forget, i want you to change your style. Please wear something suitable with your job now. Understand?" Wah tegas kuat betul dia speaking. Ingat aku tak pandai speaking ke.. jap aku jawab..
"Okay sir. Please dont worry. I know the structured of my job. Coz kak rita already teach me about her job and suitable cloth to wear. I hope you will teach me if im wrong. Thanks." Wah.. speaking kau jahh.. fuhhh..belit lidah aku nak nyebut nye. Nasib baik la cikgu english dulu tak putus ajar aku yang lemah b.i ni.
"Okay then. See you tomorrow and please come earlier. For your information , i am very punctual and as my assistance you must come early before me. Understood?"
"Yes. I understand very well. Em.. sir , assalamualaikum."
"Waalaikumsalam"
Wau.. takde segaris senyuman pun kat bibir dia. Sungguh tak ku sangka tak duga , dia sombong plus berlagak rupa nya..

~~~~~

Ketika dalam perjalanan pulang, ariana berhenti di kedai makan sebab lapar sangat dah. Seharian bekerja , dan letih melayan kerenah mr.ceo yang mintak itu ini, nak aku tukar penampilan la ape la.... Menyampah pulak rasa, yelah aku ni kan ariana brutal lagi comel.. memang itu gaya and style aku kot. Hurm.. kena terime je la..sape suruh gatal nak kenal sangat mamat tu.. padahnya la ni. Entah kat sape la aku bebel ni kan..aku bermonolog sendirian.
 Ketika ingin memesan makanan. Tiba-tiba ada seorang jejaka duduk betul-betul di hadapan ku. Terkejut beruk aku di buat nya. Sebab lelaki tu adalah lelaki yang sentiasa tidak bernasib baik bila bertemu dengan ku . Mana tidak nya , masa mula-mula jumpa dia terjatuh dalam longkang lepas tu dia terlanggar pintu dek kerana aku. Dia mendekati meja ku "assalamualaikum saudari. Saya rasa awak ni wanita yang langgar kepala saya dengan pintu dan orang yang ketawa kan saya kan? Jujur aje . Saya tak kan apa-apa kan awak. Niat saya cuma nak berkenalan." Kata lelaki itu.
"Iye. Saya lah wanita tu. Maaf ya. Saya betul-betul tak sengaja."
"Tak ape.. saya dah pun lupakan perkara tu. Can we be friend?" Soal nya.
"Ofcourse. We can. I am glad to be your friend.😊"
Sejak dari itu. Aku mengenali diri nya yang sebenarnya. Rupa-rupa nya dia adalah guru di sebuah pondok di kedah. Nama nya huzaifah. Dia banyak mengajar aku agama. Mengingatkan aku apa yang aku terlupa berkaitan agama. Kata nya kita hendaklah sentiasa membaiki diri kerana iman kita tidak teratur aturan nya. Sekejap naik, sekejap turun. Bertasbih la mengingati Allah.

~~~~~

Sekarang aku dah miliki 2 kawan lelaki. Sebelum ni aku memang ramai kawan lelaki. Sebab kawan dengan lelaki ni lebih memahami dari perempuan. Tu pendapat aku la. Makin lama kenal mereka , makin rasa bahagia. Aku sendiri pun tak tau kenapa aku rasa macam ni. Kalau aku kena pilih antara dua orang , entah la aku pun tak tau sape nak pilih.

Pilihan-pilihan aku ialah :

1.) Tengku Arfan
-kaya
-hensem
-keturunan tengku

2.) Hudzaifah
-tak kaya tapi sederhana
-rupa biasa-biasa je tapi ada nur pd wajahnya
-keturunan orang biasa biasa

Kedua-dua nya ada pro dan kontra nye. Hudzaifah tak berharta , tak berupa hensem tapi arfan punya harta dan rupa yang hensem.

$$$$$$$$


"Ariana saya dah jatuh cinta pada awak .saya nak jadikan awak pelengkap hidup saya. Sudi awak terima saya sebagai calon suami awak?" terkaku aku mendengar ucapan nya. Aku hampir rebah nasib baik aku sempat berpaut pada kerusi dalam bilik mr.ceo ini. Aku diam membisu. Aku terkeliru siapa di hati ku. Aku tak mau kecewa kan dia.
Beberapa hari sebelum ni, huzaifah juga meluahkan perkara yang sama. Kata ku, " boleh huzaifah beri ariana masa untuk fikir kan hal ni?"

'Ya Allah ya tuhanku. Ampun kan dosa dosa ku. Terima lah taubat ku. Terima lah amalan ku. Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat dan maha penyayang." Tangis ku dalam doa. Aku memohon petunjuk nya. Aku buntu. Siapa yang harus aku pilih? Mr.ceo atau Mr.ustaz?


~~~~

Kompang di palu pengantin baru, duduk bersanding tersipu malu.
Alhamdulillah selesai sudah majlis ku ini. Pasti anda tertanya siapa menjadi pilihan ku? Ya. Aku memilih mr.ustaz , dia adalah pilihan ayah ku. Aku membuat keputusan untuk menyerahkan semuanya pada ayah dan ibu ku. Kerna di situ letak nya restu. Bila ada restu , ada la rahmat Allah s.w.t. Kebahagian di dunia adalah sementara kejar lah kebahagian akhirat juga agar dapat berbahagia di sana kelak. Aminn.. moga Allah memperkenan doa kita.


***sekian .hanya ini sahaja yang mampu saya hasilkan. Maaf atas segala kelemahan.











Iklan:
Nak tambah pendapatan tapi tak ada modal? Mari ikut affiliate program.. berminat? Ikuti link di bawah dan berdaftar sebagai ahli
http://simplehijab.co/?id=thek


1 comment:

  1. Menarik plot cerita... Hidup ini biar kita mencari akhirat dan Dunia pasti bersama...

    ReplyDelete